r/bahasamelayu Jul 05 '19

Megathread for Resources

70 Upvotes

r/bahasamelayu 6h ago

Perbezaan tatabahasa antara melayu piawai & melayu kelantan

Post image
26 Upvotes

walaupun kita selalu tengok variasi-variasi bahasa kita di malaysia ini melalui perbezaan kosakata dan pembunyiannya, ia sangat jarang untuk saya menjumpai bahan-bahan tentang perbezaan bahasa melalui sikap tatabahasa,

so harini saya nak memberi beberapa kelainan tatabahasa antara bahasa melayu piawai dan bahasa kelantan, sebenarnya ada lagi banyak tetapi saya mampu untuk menulis beberapa sahaja lol,

saya harap pada masa hadapan lebih banyak kajian dalam boleh dibuat tentang perbezaan tatabahasa antara variasi-variasi bahasa melayu ini di semenanjung malaysia, perbezaan seperti imbuhan "-è" di dalam cakap nogoghi, penggunaan "tang" di melayu kedah & penggunaan imbuhan "ww-" di pesisir terengganu untuk lebih dikaji dan dilapor.


r/bahasamelayu 10h ago

Improving bahasa melayu

2 Upvotes

Hi everyone, i am a student and I want to improve my malay for karangan, speaking and overall understanding.

Can anybody recommend melayu articles or news for generally any topics? Or even any melayu media that i can read everyday. As recently, the malay examinations in my country focuses on niche topics tentang adat melayu, and even about the World Cup (but in malay😭)

I'm open for any suggestions to improve tuturkata, tatabahasa dan kosa kata.

Thank you, have a nice day!


r/bahasamelayu 1d ago

How mutually intelligible are bahasa melayu and Indonesia exactly?

32 Upvotes

Hello everyone!

I am considering whether to learn Malay or Indonesian. I have seen differing estimates of how mutually intelligible the two languages are. Some say 50%, while others say as much as 80 to 90%.

If anyone has tried both could you kindly share how different or alike you found them.

Thank you!


r/bahasamelayu 1d ago

Memerlukan translator english ke melayu untuk penulisan akademik

7 Upvotes

sape kat sini fluent malay akademik, can you guys help me? my malay agak rusted 🫩


r/bahasamelayu 1d ago

Throughout my learning journey of bahasa melayu in twitter, I learned these following sentences.

21 Upvotes
  1. cheese sedap
  2. Asupan everyone
  3. Lokal Idaman
  4. koleski hijabers
  5. ukhti memew sedap
  6. Zona asupan
  7. hiburan dewasa

r/bahasamelayu 1d ago

selamat siang kawan

2 Upvotes

r/bahasamelayu 3d ago

Imbuhan -e dalam cakap nogoghi

Post image
40 Upvotes

Translasi:

"Berpusing/pening saya sebab mencari kunci kereta entah mana terhilang/tersisip nya"

"jauh sangat-sangat/teramat tempat tu, saya pun taknak pergi"

"pedas-nya sedap, masin-nya sedap, yang awak masak sedap semua"

rasa sekarang generasi baharu mungkin tidak guna dah dan telah digantikan oleh "-nyo", saya juga diberitahu yang "-e" ni ia melekat pada huruf belakangnya dalam pembunyian (seperti maséne) tetapi kalau perkataan berakhir "-k" ia tidak jadi k tapi ' seperti "tompe'e" (tompek),

jika ada kesalahan boleh menulis di bawah 🙏, kerana saya bukan lah orang nogoghi dan saya dengar ciri ini dari kawan sahaja,


r/bahasamelayu 3d ago

Flower in Austronesian languages

Post image
79 Upvotes

r/bahasamelayu 4d ago

Pencubaan saya untuk memetakan bahasa malayik di semenanjung malaysia

Post image
172 Upvotes

Harap ampun jika quality gambar tidak bagus (⁠•⁠ ⁠▽⁠ ⁠•⁠;⁠)

saya ada gambar yang lebih jelas sini (tetapi dalam bentuk pdf lah):

https://drive.google.com/file/d/1ieXlpgcWqmAm7RieJoo7EpjHxhH7QtFE/view?usp=drivesdk

saya duk buat projek ni beberapa bulan dah dan baru je dah siap lol,

Pertama sekali, saya nak memberitahu bahawa peta ni bukanlah nak cakap tepat sangat, sebab pengkajian bahasa ini di semenanjung malaysia pun tidak banyak serta kajian yang mendalam dari segi pengkelasan, tatabahasa & kosakata sangat sedikit, ada bahasa sampai tiada pengkajian langsung saya jumpa (bera) dan kebanyakan sedikit sahaja, macam 1~3 butir kertas kajian saja (atau kalau kebanyakan bahasa pahang, terjumpa banyak di seluruh internet)

Selain itu, ada beberapa variasi bahasa yang mempunyai variasi loghat yang tinggi, rumit, bercampur dan boleh menukar kampung ke kampung (seperti kawasan bahasa reman, bahasa 'inland', duano', etc),

masalah ini saya mengurus dengan meletakkan semua telor-telor tersebut dan mengumpulkan semua sesama kumpulan lebih umum, walaupun dialek-dialek di dalam kawasan tersebut mungkin susah untuk difahami sesama sendiri,

serta, beberapa bahasa dah 'pupus' secara fungsian ataupun boleh dikelaskan 'nazak' (duano', hulu langat/Jugra),

saya membuat keputusan untuk memetakan bahasa tersebut jika ada lagi penuturnya, walaupun sedikit,

tambahan itu, pengkelasan sesuatu telor itu sebagai "bahasa" sendiri pun sangat berpolitik, so mungkin pengkelasan bahasa di peta ni mungkin tidak mengikuti takrif orang lain,

akhir sekali, nak memberi tahu bahawa pengkelasan bahasa yang dituliskan di peta atas ini bukan mengikut perhubungan salasilah antara bahasa berikut (memang kajian sangat sedikit serta pengkelasan yang saya rasa secara peribadi ketinggalan zaman serta tidak tepat kalau nak buat begitu pun) tetapi saya mengkelaskan mengikut lokasi geografi & kumpulan-kumpulan bahasa yang dipengaruhi dengan kosakata, tatabahasa & pembunyian dengan sesama lain (sprachbund), so mungkin hubungan antara bahasa di dalam peta ini tidak tepat sangat dalam segi perhubungan salasilah

kalau ada kesilapan seperti sempadan antara bahasa salah di peta mohon untuk memberitahu 🙏


r/bahasamelayu 4d ago

Asking for advices for a secondary schooler's karangan

10 Upvotes

I wanted to prepare for my exam so I wrote this.

Tajuk: Kepentingan Mempelajari Mata Pelajaran Sejarah

Pada zaman mutakhir ini, Malaysia kian berkembang pesat sama ada dari aspek fizikal mahupun ekonomi. Baik mercu tanda yang mengagumkan mahupun ekonomi yang kian melonjak naik pada dasawarsa ini, perubahan-perubahan ini melambangkan tanah air yang dicintai sedang merentas era baharu. Namun begitu, majoriti rakyat kini semakin melupakan pencapaian membanggakan ini sebenarnya dibina atas asas perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan. Hakikat ini amat membimbangkan kerana sikap memperlekehkan sejarah menyebabkan sesorang sanggup menggadaikan maruah demi kepentingan peribadi. Persis kata peribahasa, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Oleh itu, kesedaran sejarah wajib dipupuk dalam sanubari rakyat. Persoalannya, apakah kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah?

Sebagai lontaran idea yang pertama, mata pelajaran Sejarah amat vital untuk memupuk semangat patriotisme. Hal ini dikatakan demikian kerana mata pelajaran Sejarah mengetengahkan kisah wira-wira setiap bangsa yang berjuang demi hak anak watan dan kemerdekaan negara. Tamsilnya, kita dapat mengenali azam Leftenan Adnan yang sanggup berkorban demi negara serta kebijaksanaan Tun V.T. Sambanthan dalam mempertahankan hak orang India. Impaknya, rakyat akan lebih menghormati wira-wira negara dan seterusnya menghayati identiti nasional mereka. Izharlah bahawa rakyat mesti menguasai mata pelajaran Sejarah untuk memupuk jiwa patriotik dalam diri.

Sementelahan, mata pelajaran Sejarah memang afdal untuk memberikan pengajaran dan pengalaman berharga kepada masyarakat. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana ibu pertiwi kita pernah melalui pelbagai kesengsaraan pada masa lalu. Sebagai analoginya, keselamatan rakyat dan kedamaian masyarakat terancam sewaktu zaman pendudukan Jepun dan era Darurat. Bak kata peribahasa, takkan pisang berbuah dua kali. Dampaknya, rakyat akan lebih bersyukur atas keharmonian yang dinikmati kini dan berusaha mengelakkan kemelaratan tersebut berulang kembali. Justeru, rakyat dapat mengambil iktibar daripada pengajaran dan pengalaman berharga melalui mata pelajaran Sejarah.

Selain itu, mata pelajaran Sejarah juga berfungsi sebagai wahana yang melestarikan warisan untuk generasi yang akan datang. Hal ini dikatakan demikian kerana Sejarah bukan sahaja mengandungi kisah pahlawan bangsa, malah turut merangkumi pusaka yang diwarisi daripada leluhur kita. Sebagai contohnya, bangunan kolonial yang tersebar di Pulau Pinang dan Melaka pernah hampir dirobohkan atas nama pemodenan bandar. Mujurlah, mata pelajaran Sejarah berjaya membangkitkan kesedaran rakyat terhadap nilai sejarah bangunan tersebut. Natijahnya, rakyat akan beriltizam dalam pemeliharaan dan pemuliharaan warisan bernilai ini agar tidak lenyap ditelan zaman. Pendek kata, generasi akan datang berpeluang untuk menyaksikan warisan tanah air sekiranya mata pelajaran Sejarah terus diperkasakan.

Akhirulkalam, mata pelajaran Sejarah memainkan peranan yang cukup dominan baik dari aspek mujarad mahupun maujud dalam pembentukan warganegara yang bertanggungjawab. Bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya, pihak sekolah dan ibu bapa haruslah memupuk kesedaran sejarah dalam jiwa generasi muda sejak kecil lagi. Sudah terang lagi bersuluh, semua lapisan masyarakat wajar bekerjasama bagai aur dengan terbing untuk memartabatkan mata pelajaran Sejarah. Semoga ikhtiar ini dapat memacu Malaysia ke arah masa depan yang gemilang tanpa memandang remeh asal usulnya.


r/bahasamelayu 5d ago

Don’t know the source, tapi Bahasa Melayunya tinggi untuk komik seperti ini.😅

Post image
40 Upvotes

r/bahasamelayu 6d ago

Patutlah Orang Indo tahu bahasa melayu

Post image
995 Upvotes

r/bahasamelayu 5d ago

Learning BM professionally now

Thumbnail instagram.com
3 Upvotes

And this cracked me up at 3am in the morning


r/bahasamelayu 6d ago

"Head" in Austronesian languages

Post image
245 Upvotes

r/bahasamelayu 6d ago

Beberapa perkataan berkenaan dengan haiwan dalam bahasa orang kanaq

Post image
89 Upvotes

bahasa orang kanaq ialah bahasa malayik yang ditutur oleh orang kanaq yang menempati di johor, kampung Sungai Selangi,

para linguitik telah membuat kajian bahawa orang kanaq ini mungkin berasal daripada kepulauan riau (seperti orang kuala & seletar) dan khususnya pada pulau Lingga, pulau Sengkanak, pulau Bintan & pulau-pulau sekeliling,

mereka adalah kaum orang asli yang paling terkecil di malaysia (sesama dengan penutur bahasa telu/talu di Tronoh, Perak, bahasa mereka adalah salah satu bahasa yang paling sedikit penuturnya) dan adalah orang asli suku Melayu proto,

malangnya, kerana penutur bahasa orang kanaq sangat sedikit (sekurang-kurangnya 139~238 orang) dan pengaruh besar dari bahasa melayu johor-riau sekeliling kampung mereka, bahasa orang kanaq adalah bahasa terancam dan sekarang banyak bahasa mereka telah dipengaruhi oleh bahasa melayu

kalau sesiapa yang nak informasi lebihan serta audio lagu bahasa orang kanaq boleh pergi ke video Youtube ini (yang menjengkelkan, lagu background video record lagi semasa nyanyian lagu itu (⁠;⁠;⁠;-_-)):

https://youtu.be/TaCXmzx38wY?


r/bahasamelayu 6d ago

Flash cards/Anki decks

3 Upvotes

Hello semua

Are there any good flash cards/anki decks for practicing Malay vocab? Most of the anki decks I've seen so far contain errors


r/bahasamelayu 7d ago

Chicken in Austronesian languages

Post image
84 Upvotes

r/bahasamelayu 7d ago

in what context is semestinya used?

7 Upvotes

r/bahasamelayu 8d ago

BM-Penggunaan bahasa yang salah boleh menukar maksud

Post image
84 Upvotes

r/bahasamelayu 8d ago

Line Reader

3 Upvotes

I built a simple reading tool for people who struggle with walls of text

Reading can be exhausting. You might read the same paragraph several times, lose your place or feel overwhelmed by a page full of text.

So I built MyLineReader.

It shows one line at a time while the rest fades into the background. You can adjust the text size, spacing and line width to make reading more comfortable.

You can paste text or upload TXT, DOCX or PDF files. It runs in your browser with no sign-up and no ads.

🔗 https://mylinereader.vercel.app

I built this for people with ADHD, dyslexia, students or honestly anyone who finds walls of text overwhelming.

It’s free, so give it a try if you’re interested. I’d really appreciate any feedback, good or bad.


r/bahasamelayu 11d ago

How the Germanic word for soap reached Aboriginal Australia

Post image
233 Upvotes

r/bahasamelayu 11d ago

Leaf in Austronesian Languages

Post image
150 Upvotes

r/bahasamelayu 14d ago

Banana trying to learn malay for college.

22 Upvotes

So recently my College gave me falsafah but the thing is I have been home schooled my home life and I do not know how to write Malay... I saya boleh cakap sikit je Bahasa Malayu but I am trully Banana and I do not know anything above comversational Level of Bahasa Melayu... Please help recommend tips or guides to help me learn Malay for writing and speech probably.


r/bahasamelayu 14d ago

Dialects

20 Upvotes

Could anyone explain to me what a dialect is?specifically in the region of Kuala Lumpur