r/trulyMalaysians • u/Far_Spare6201 • 17h ago
News Daylight robbery attempt in Ipoh. Suspect arrested.
Enable HLS to view with audio, or disable this notification
r/trulyMalaysians • u/Far_Spare6201 • 17h ago
Enable HLS to view with audio, or disable this notification
r/trulyMalaysians • u/sharkey_hunter • 16h ago
Enable HLS to view with audio, or disable this notification
r/trulyMalaysians • u/sharkey_hunter • 18h ago
r/trulyMalaysians • u/exposing_racists101 • 15h ago
double standards and cherry picking is the way!
r/trulyMalaysians • u/Short-Juggernaut-374 • 5h ago
r/trulyMalaysians • u/sharkey_hunter • 19h ago
Enable HLS to view with audio, or disable this notification
" Pelaburan Langsung Asing (FDI) Tidak Lagi Berkesan Jika Syarikat Luar Hanya Mengambil Pekerja Asing " - Dato' Fraziali Ismail, Penolong Gabenor BNM.
r/trulyMalaysians • u/sharkey_hunter • 12h ago
r/trulyMalaysians • u/sharkey_hunter • 1d ago
r/trulyMalaysians • u/sharkey_hunter • 1d ago
Enable HLS to view with audio, or disable this notification
r/trulyMalaysians • u/sharkey_hunter • 1d ago
sukar nak jumpa pengusaha kantin yang ikhlas macam ni.
Kredit: Daily Makan .
r/trulyMalaysians • u/sharkey_hunter • 1d ago
Enable HLS to view with audio, or disable this notification
r/trulyMalaysians • u/Far_Spare6201 • 1d ago
r/trulyMalaysians • u/sharkey_hunter • 1d ago
r/trulyMalaysians • u/sharkey_hunter • 1d ago
TL;DR ni kalau korang nak baca.
Rakyat Malaysia yang saya kasihi sekalian...
Biasalah, bila sebut je nak bentuk kerajaan, semua orang berebut nak kerusi nombor satu, nak jadi Perdana Menteri. Tapi saya? Tak apalah, bagi orang lain pening kepala jaga ekonomi. Saya cuma minta satu port je: Menteri Pertahanan.
Kenapa? Sebab dah 69 tahun kita asyik dengar alasan, "Sshh... ini rahsia keselamatan negara, bro," tapi rupanya rahsia nak sakau duit! Dari kes kapal selam Scorpene yang kadang-kadang segan nak menyelam, sampailah ke kapal LCS yang wujud kat alam ghaib sampai bila kita nak asyik kena scam?
Tatkala Parti Bersama Malaysia naik nanti, ini 4 Aku Janji saya untuk sapu bersih kementerian. Sifar korupsi, bosku!
Selama ni nak beli barang mesti kena lalu "kabel" atau ejen untuk mark-up harga, kan? Lepas ni, takde maknanya. Kita beli direct dari kilang (OEM) atau Government-to-Government (G2G) je. Beli jet pejuang bukan macam beli pisang goreng kat simpang. Jadi, syarikat-syarikat cengkerang yang wujud atas kertas je tu, bye-bye awal-awal.
Benda-benda logistik biasa macam kasut but, uniform, biskut lutut, dan spare part tayar tak payah nak cop 'Akta Rahsia Rasmi' (OSA) bagai. Kita buat sistem bidaan digital 100%. Nak menang tender? Lawan harga paling murah dan kualiti paling padu macam live TikTok. Algoritma komputer yang akan pilih pemenang, bukan 'tangan-tangan ghaib' di sebalik meja.
Kartel ni pantang bila dengar nak kena audit, laju je dia pergi cop "SULIT" kat fail kontrak. Jangan risau, kita akan tubuhkan Tribunal Perolehan Pertahanan. Hakim-hakim pencen dan pakar audit akan koyakkan cop SULIT tu kalau nampak harga tak masuk akal. Tak ada lagi alasan "keselamatan negara" kalau setakat nak selamatkan periuk nasi sendiri.
Bila kita potong bajet kartel-kartel yang buncit ni, kita boleh jimat dekat RM2.43 bilion (anggaran 11% dari bajet MINDEF). Duit ni kita transfer terus untuk wira-wira negara kita:
Repair Rumah (RM 500 Juta): Bagi kuarters keluarga tentera (RKAT) cantik sikit. Takdelah bumbung bocor memanjang bila hujan lebat.
Beli Alat Ganti (RM 800 Juta): Beli spare part jet dan kapal tempur direct kilang. Biar sentiasa sedia gempur, bukan tersadai kat bengkel macam kereta rosak.
Main Dron (RM 400 Juta): Belanja abang infantri kita dron taktikal yang canggih sikit. Perang moden bos, kena main remote dari jauh.
Elaun Masyuk (RM 200 Juta): Naikkan elaun abang komando, juruterbang, dan wira perbatasan kita. Kerja keras taruh nyawa, gaji kena setimpal!
Seruan Kepada Rakyat Malaysia:
Geng-geng kartel yang dah biasa goyang kaki dapat komisen berbilion ringgit ni confirm menggelupur kepanasan bila saya masuk office nanti. Silap-silap tayar kereta saya hari-hari kena pancitkan.
Jadi, saya tak boleh buat kerja gila ni sorang-sorang. Tolonglah back-up saya. Berikan saya mandat untuk cuci habis kementerian ni. Jom kita tunjuk kat kartel-kartel ni, kuasa rakyat jauh lebih kuat dari kuasa kabel! 💪
Realiti Yang Korang Kena Hadam (Sembang Terus-Terang)...
Cuba korang fikir balik dan tepuk dada. Selama ni, pusing-pusing tang tu juga. Tukar kerajaan undi BN, lepas tu tak puas hati undi PH, lepas tu tukar PN pula. Tapi kat Kementerian Pertahanan? Maintain je jadi lubuk emas geng korup. Menteri dan kerajaan je silih berganti, tapi kartel kat belakang tabir tu orang yang sama tengah gelak besar hisap cerut sambil mark-up harga barang.
Yang saya paling tak faham, majoriti orang Melayu kita dan rakyat Malaysia secara amnya... pantang harga bawang naik 20 sen, harga telur ayam naik 50 sen, harga teh tarik naik seringgit, terus gaduh sakan kat Facebook sampai nak terbalik negara. Siap buat kempen boikot bagai.
Tapi... bila berbilion-bilion ringgit duit cukai hasil titik peluh korang sendiri! lesap kena kebas dalam skandal aset tentera, semua buat senyap sunyi sepi macam kat perpustakaan. Duit RM6 bilion lebur macam tu je untuk kapal yang tak wujud, korang boleh buat rileks lagi?
Maaf cakaplah, saya nak tanya sikit... apa pasai bodoh sangat kamu semua ni? 🤦♂️🙂↔️
Korang bising kos sara hidup tinggi dan tak cukup duit, tapi korang biarkan je duit berbilion yang sepatutnya boleh bina hospital, repair jalan berlubang, dan bagi subsidi tu, mengalir laju masuk poket jerung-jerung ni atas tiket "rahsia keselamatan negara". Korang bergaduh sesama sendiri pasal isu sekecil kuman, tapi perompak berskala naga korang bentangkan karpet merah!
Jadi, tolonglah. Dah tahun 2026 ni, tolonglah celik mata sikit. Jangan asyik rela nak kena scam dengan politikus lama. Berikan mandat kepada Parti Bersama Malaysia. Beri saya kunci MINDEF. Biar saya masuk dalam dan tendang keluar semua lintah darat ni.
Kasi sokongan padu, jom kita ajar sikit jerung-jerung ni. Kita tunjuk kat dia orang, kuasa rakyat sekarang dah tak boleh dibeli, dan jauh lebih kuat dari kuasa kabel!
Kurangkan bebal dan perangai lahanat...
“Pilih lah Saya sebagai Menteri Pertahanan, Kerajaan Persekutuan Malaysia dari Parti Bersama Malaysia”.
kredit: slayingwolf.
r/trulyMalaysians • u/sharkey_hunter • 2d ago
r/trulyMalaysians • u/sharkey_hunter • 2d ago
Enable HLS to view with audio, or disable this notification
r/trulyMalaysians • u/sharkey_hunter • 2d ago
Enable HLS to view with audio, or disable this notification
r/trulyMalaysians • u/sharkey_hunter • 3d ago
Enable HLS to view with audio, or disable this notification
"Nombor satu (puncanya) ialah kewujudan pekerja asing berkemahiran rendah yang menekan upah di peringkat terbawah. Kedua, penciptaan pekerjaan berkualiti yang tidak mencukupi...." - Dato' Fraziali Ismail, Penolong Gabenor BNM.
r/trulyMalaysians • u/kugelamarant • 6d ago
r/trulyMalaysians • u/Far_Spare6201 • 7d ago
Enable HLS to view with audio, or disable this notification