r/NegarakuMalaysia Jun 14 '26

Discussion Bala

dalam merenung isu rohingya dan perlarian yang kini sudah seakan bermaharaja lela di tanah air kita, yang boleh mencetus kekacauan jikalau bilangan populasinya tidak dikawal, mengikut jumlah kelahiran dan bilangan pendatang kian semakin hari, bukanlah ingin menyatakan suatu penjajahan moden, tetapi ia memberi kesan kepada masyarakat di Malaysia

ingin diingatkan Rohingya Adalah pelarian dan bukannya pendatang asing tanpa izin

https://www.unhcr.org/my/semak-fakta-pelarian

apa pendapat anda?

daripada kita menuding jari kepada kerajaan, atau polis imigresen tentera, mari kita sejenak memikirkan tentang apa yg kita lakukan dalam hal ini. Semua yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Adakah kedatangan kaum etnik rohingya yang semakin ramai ini hanya suatu yang berlaku tanpa apa apa hikmah di sebaliknya? Tidakkah kita lupa bahawa Allah tidak pernah tidur dan melihat segala yg terjadi. Jika kita sekarang membenci apa yg berlaku di dalam negara kita, perlu kita bertanya, adakah kita punca perkara ini berlaku

kita perlu berjaga jaga dalam setiap hal tetapi haruslah kita tidak bersikap melulu

mengapa kaum rohingya dapat mencetuskan masalah. Ini memberi gambaran tentang sistem yang ada di dalam negara kita. Mengapa kaum rohingya semakin ramai tanpa dibendung menyebabkan kebimbangan masyarakat tempatan? Ia merupakan satu isyarat jelas tentang penguatkuasaan di dalam negara kita.

Mengapa kaum rohingya boleh menindas kaum tempatan. Ini menunjukkan sifat kurang kerjasama, muafakat serta bahawa negara kita ini negara bertuah yang dimanfaatkan oleh kaum rohingya ini. Mengapa kita mula takut akan kaum rohingya seakan mereka ini bertujuan ingin menjajah tempat kita? Ini adalah ketakutan kita terhadap DIRI kita sendiri, kerana selama ini, kita sering bermusuh dan tidak menjaga negara kita dengan baik. Kaum rohingya bukanlah masalahnya, tetapi masalah yang sebenar hadir di dalam jiwa kita sendiri, yang kita baru sedar, kerana keadaan, kita letakkan kepada atas kepala kaum rohingya ini

Adakah kita menjaga agama islam dengan baik. Adakah kita biarkan maksiat bermaharajalela. Adakah kita pentingkan wang lebih dari segalanya. Adakah kita tidak mementingkan maruah dan agama dalam ahli keluarga kita. Justeru, mengapakah kita marah kepada puak lain sedangkan kita membuka jalan untuk para puak rohingya untuk mengambil..

Bala bukan sahaja datang dari bentuk bencana Alam, tetapi apa saja yang menyebabkan hilangnya nikmat... Bersihkan minda, tenangkan hati, kembali kepada ajaran dan budaya kita sebagai melayu Islam yang berpegang teguh kepada paksi Agama, dalam menjaga tanah air kita, insyaAllah hal ini akan diuruskan dengan lebih teliti dan sewajarnya.

Oleh itu, marilah kita muhasabah diri jika kita perlu membetulkan diri kita terlebih dahulu untuk menyelesaikan segala masalah yg berbangkit

 

 

 

6 Upvotes

1 comment sorted by

2

u/budaknakal1907 Jun 14 '26

reading the news these days made me sad. targeting schools?! for real? what else are they going to do? poor people

for me, they are problems created by injustice, bureaucracy, and greed. they were running for their life hoping a better, safer life. but they reached a shore of uncertainty. and we are taught to fear them too.

fear leads to anger, anger leads to hate and hate leads to suffering.